YESpertition - Tandatangan
yang akan dipersembahkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Malayu. Bertindak
sekarang. Jangan hanya beretorik mahu berubah, lakukan sesuatu! Semua
tandatangan ANDA adalah rahsia.
Klik
Link Di Bawah:
http://bit.ly/deklarasirakyat
Analogi
yang diberikan oleh Tun Mahathir Mohamad untuk menjelaskan kerjasama yang
diambilnya bersama parti-parti pembangkang, khususnya DAP berkaitan Deklarasi
Rakyat barangkali tidaklah terlalu sukar untuk difahami.
Dengan
memberikan contoh permusuhan antara Sunni dengan Syiah, Hamas dengan Fatah dan
Iran dengan Arab sedangkan musuh sebenar yang harus mereka hadapi ialah Israel
yang dibantu Amerika Syarikat, gambarannya ialah bekas Perdana Menteri itu juga
mahu rakyat yang gelisah, gundah gulana dan celaru ketika ini turut memberikan
tumpuan kepada musuh mereka yang satu yang harus dihadapi berbanding hal-hal
lain.
Mengambil
kira musuh yang satu yang harus dihadapi kini ialah Najib Razak, ideologi dan
pendirian politik masing-masing, bagi Tun Mahathir, haruslah dilupakan buat
seketika sehingga matlamat yang ingin dituju itu benar-benar tercapai.
Katanya,
mereka yang hadir dan menandatangani deklarasi itu bukan atas kapasiti ahli dan
pemimpin politik, sebaliknya sebagai rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan
buruk atas perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri.
Bagi
semua rakyat Malaysia, hanya penyingkiran Najib sahaja yang boleh memulihkan
demokrasi dalam negara, kata Tun Mahathir lagi.
Bagi
mereka yang benar-benar ingin melihat negara ini dipulihkan berikutan imej
buruk yang ditimbulkan Najib, baik di dalam dan luar negara serta kelumpuhan
pelbagai institusi awam yang diakibatkan olehnya, inilah masanya untuk
menunjukkan pendirian dan kecekalan hati.
Caranya
tidak lain ialah dengan lebih ramai dapat memberikan komitmen,
sokongan serta menandatangi Deklarasi Rakyat tersebut.
Apa
yang menggembirakan sehingga ini ialah berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh
portal Malaysiakini kepada hampir 6,000 responden, didapati lebih 70 peratus
menyokong deklarasi itu. Semalam pula dilaporkan, lebih 32 ribu sudah
menandatanganinya.
Dengan
ini, pihak-pihak yang berkepentingan berkaitan Deklarasi Rakyat itu harus
memastikan dalam tempoh terdekat ini sekurang-kurangnya sejuta tandatangan
dapat dikumpulkan agar ia benar-benar memberi impak dalam memberi tekanan
kepada Najib.
Dapat
dilihat di pelbagai media puak-puak pro Najib begitu kepanasan dengan Deklarasi
Rakyat ini sehingga bermacam-macam tohmahan dan percubaan mengalihkan isu telah
dilakukan, termasuk dengan menakut-nakutkan berkaitan ancaman DAP dan
sebagainya.
Malangnya
tidak ada yang berani menyanggah isi atau intipati deklarasi itu.
Tetapi
jika semua orang dapat memahami seperti yang dijelaskan oleh Tun Mahathir
bahawa persefahaman itu tidak berkaitan dengan parti, sebaliknya atas kedudukan
sebagai rakyat untuk menyelamatkan
negara dan kemudian bersatu hati untuk menghadapi musuh yang sama, deklarasi
ini tidak mustahil umpama penyatuan seluruh negara-negara di Timur Tengah dalam
menghadapi Israel yang disokong oleh Amerika.
Di
sinilah pentingnya sekurang-kurangnya sejuta tandatangan itu diperolehi dalam
waktu terdekat ini.
Hanya
dengan menunjukkkan deklarasi itu benar-benar berada di hati rakyat, barulah
kesan dan jalan kejayaannya lebih terbentang luas. (SH 10/03/2016).
Deklarasi
Rakyat Citizens' Declaration
1.
Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan
kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.
2. Kami
ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan
kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.
3. Di
bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10
negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young
Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat
anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.
4. Ini
adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya
sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya
- “Cash is King”.
5.
Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti
telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan,
tidak ada sumber kewangan.
6. Pada
tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth
Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.
7. Dia
menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani
hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Ianya tidak lagi menjadi
Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.
8. 1MDB
telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga
yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk
membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat,
syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion
dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.
9. 1MDB
juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi
International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di dalam projek-projek dan
aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1MDB membawa
pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk
pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini,
sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan
kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low
Taek Jho.
10.
Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan
pinjaman ke PSI untuk US$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat
keuntungan sebanyak US$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada
jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. Sebaliknya 1MDB mendakwa yang wang
tersebut telah dilabur di dalam dana di Kepulauan Caymans, yang kemudiannya
telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KPMG
telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai
pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.
11.
1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus
sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November
2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi
kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen
yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49 peratus saham di dalam
syarikat-syarikat janakuasa 1MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat
induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), tidak pun
menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di dalam akaunnya yang diaudit
dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa
1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.
12.
1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium
Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar
ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang
tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands
yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu, “Aabar Investment PJS
Limited”, yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC.
Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte
Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan
IPIC.
13.
1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah
RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015.
Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut
telah dimasukkan ke dalam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan
Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di dalam bentuk wang
tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan
“unit” yang bermakna bahawa ianya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB
dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga
bermakna bahawa wang yang dilaburkan di dalam Petrosaudi yang kemudiannya
dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat
diperakukan.
14.
Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis
berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang
siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan
dan didakwa dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(SOSMA) kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa
dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada
Polis berkenaan dengan 1MDB.
15.
Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di
dalam akaun peribadinya di Ambank.
16.
Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya
mempunyai sejumlah wang yang banyak di dalam akaun peribadinya. Dia mendakwa
menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya
memenangi Pilihanraya Umum ke-13; kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana
dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit
berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja
Arab Saudi yang telah mangkat.
17.
Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa
rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa
wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi jumlahnya kecil.
18.
Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahamah. Tetapi
dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada
Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.
19.
Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan
fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di
dalam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap
WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.
20. Khuatir
dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan
petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat
institusi Kerajaan terlibat, Polis DiRaja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara
dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
21.
Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara, di
singkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan
tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada
Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan
Peguam Negara. Jawankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi
serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan
keatas 1MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan
menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.
22.
Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan
Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di
dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.
23.
Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.
24.
Peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan
laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan
tersebut.
25.
Peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari
dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran dalam bidang mereka.
26.
Penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua
bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain
peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.
27.
Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang Peguam Negara
yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan
skandal-skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing,
iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah
memulakan siasatan ke atas 1MDB.
28.
Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan
media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan
media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja
untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap
orang itu.
29. Ini
bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap
Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam
Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan
rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna
yang kesalahan jenayah di dalam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada
pengetahuan awam.
30.
Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion
(sebanyak RM2.3 bilion) telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada
kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.
31.
Rakyat juga semakin menderita.
32. GST
yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan
kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri
kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini
mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.
33. Walaupun
rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TPP) Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang
sesuai bagi negara kita.
34.
Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10
negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik.
Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup dalam
ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk
memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa
mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa
sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur
yang melanggar batas keadilan yang diterima.
35.
Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan dalam penggunaan Akta ini oleh pegawai
Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil
apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat,
diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain
digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.
36. Oleh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong;
a)
penyingkiran Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia
menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.
b)
Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya
c)
Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak
asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi
terpilih dan
d)
pemulihan integriti insititusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank
Negara dan PAC
37.
Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik,
kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan
Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan
kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip
pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan
memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity
institusi-institusi nasional.
I/C
No ______________________________________________________
Tandatangan
Warganegara ______________________________________________________
Tarikh ______________________________________________________
Nama ______________________________________________________
CITIZENS’ DECLARATION
1. We -
the undersigned citizens of Malaysia append below our concern over the
deteriorating political, economic and social situation in the country.
2. We
wish to draw the attention of the people of Malaysia to the damage done to the
country under the Premiership of Dato’ Sri Najib Tun Razak.
3.
Under his administration the country has descended to become one of the 10 most
corrupt countries in the world according to Ernst and Young in their Asia
Pacific Fraud Survey Report Series 2013. The 2015 Corruption Perception Index
showed Malaysia has dropped four places from 50 to 54.
4. This
is because he believes that money can ensure his position as Prime Minister of
Malaysia. He believes that “Cash is King”.
5.
Allocations to all ministries and public institutions including universities
have been reduced because of shortages of funds. Even when allocations are
budgeted for, no money was available.
6. In
2009 he decided to set up a Sovereign Wealth fund to earn income for the
Government.
7. He
created the 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) which became indebted with
RM42 billion of loans which it is unable to repay. It is no longer a Sovereign
Wealth fund. It is a Sovereign Debt Fund.
8. 1MDB
borrowed approximately RM20 billion to acquire three power plant companies for
an over-priced RM12.1 billion. Despite being awarded new power plant contracts
and extensions to the expiring power-producing concessions, the 1MDB power
companies were sold for RM9.83 billion, or a loss of RM2.27 billion.
9. 1MDB
invested or lent a total of US$1.83 billion to Petrosaudi International (PSI)
Limited between 2009 and 2011 under the pretext of bogus projects or
non-existent assets. Bank Negara Malaysia had demanded 1MDB return the above
money to Malaysia as their approval was given based on misinformation submitted
by 1MDB. Of this sum, a total of US$1.45 billion was directly and indirectly
siphoned off to Good Star Limited and other companies controlled by Low Taek
Jho.
10. To
hide the missing funds, 1MDB “disposed” its investments and loans to PSI for
US$2.318 billion, claiming to have made a profit of US$488 million. However, no
money was returned to Malaysia. Instead, 1MDB claimed it invested the funds in
Cayman Islands that was subsequently found to be an unlicensed investment
manager. KPMG was sacked as 1MDB’s auditors for refusing to confirm the value
of the investment in the mysterious Caymans fund.
11.
1MDB claimed that the Cayman Islands investment has been fully redeemed.
US$1.22 billion was reportedly redeemed on 5 November 2014 but was
substantially utilised on the very same day to compensate Aabar Investments PJS
for the termination of options granted to Aabar to acquire 49% of 1MDB’s power
companies. This is a lie because the parent of Aabar, International Petroleum
Investment Corporation (IPIC) did not mention receipt of any such payments in
its audited accounts published on the London Stock Exchange. Instead the
accounts stated that 1MDB owes IPIC the sum of US$481 million for the
termination.
12.
1MDB also took another loan of US$975 million from a Deutsche Bank-led
consortium in September 2014, for the very same purpose of compensating Aabar
for the terminated options. The Wall Street Journal has exposed the fact that
these money have been paid to a different British Virgin Islands entity with a
similar name, “Aabar Investment PJS Limited”, whose beneficial owner is
completely unrelated to IPIC. The simple scam has fooled even the 1MDB
auditors, Deloitte Malaysia into believing that the payments were indeed
received by IPIC’s Aabar.
13.
1MDB announced that it made a 2nd and final RM1.1 billion redemption of the
Cayman Islands investment in January 2015. Initially, the Prime Minister told
Parliament that the sum was held in cash in BSI Bank, Singapore. However, two
months later in May 2015, he informed Parliament that it was not cash but
“assets”. Subsequently, it was explained that these assets were “units” which
meant that they were never redeemed in the first place. This proved that 1MDB
and the Prime Minister have been consistently lying to the Malaysian public. It
also means that the money invested in Petrosaudi which was reinvested in Cayman
Islands, are still missing and unaccounted for.
14. A
former UMNO vice-head of the Batu Kawan Division made a police report on the
loss of large sums of money by 1MDB. No investigations were carried out by the
police. Instead he was interrogated by police, detained and charged under
anti-terrorist law (SOSMA) for sabotage of the Malaysian economy. His lawyer
was also arrested and charged under the same law. This has the effect of
frightening people from making police reports on the 1MDB.
15. The
Wall Street Journal reported that Najib had US$681 million in his private
account at Ambank.
16. Najib
denied this at first but later admitted he had the huge amount of money in his
account. He claimed that it was a gift from an Arab; then that it was a
donation to help him win the 13th general election in Malaysia; then that it
was given because of his dedication to the fight against Islamic terrorists. He
then claimed to have received the money from a Saudi prince, then from the King
of Saudi Arabia who had passed away.
17.
Later a Saudi Minister stated there was no record of such a gift by the Saudis.
He suggested it was probably a Saudi investment. The amount was small.
18.
Najib expressed his intention to sue the Wall Street Journal. But he did not.
Instead he asked his lawyer to ask the Wall Street Journal why it published the
report.
19. To
this day the WSJ continues to report more and more details about the US$681
million he has in his private account. He has not sued WSJ, which he can do in
the country the WSJ is published.
20.
Concerned over the huge sum of money in Najib’s private account a task force
was set up in Malaysia to investigate the origin of the money. Four Government
institutions became members of the task force. They are the Police, the
Attorney General, Bank Negara and the Malaysian Anti-Corruption Commission.
21.
Before the Task Force was able to finish its work, the Attorney General was
removed by Najib claiming that he was sick and could not continue to work.
Basically Najib had misrepresented to the King to get the Attorney General to
be replaced. The Public Accounts Committee was basically paralysed by Najib
removing its chairman and members to prevent its investigation of the 1MDB. A
new chairman, friendly to Najib was appointed and he promptly declared that
Najib had done nothing wrong.
22. He
then appointed a new Attorney General. Shortly thereafter the new Attorney
General dismissed a recommendation by Bank Negara for action to be taken,
claiming that nothing in the report showed Najib had done any wrong.
23.
Bank Negara appealed but this was brushed aside.
24. The
new Attorney General also dismissed another report by the MACC. The contents of
the report are not revealed and threats are made against revealing its
contents.
25. The
new Attorney General has without valid explanations, dismissed the
recommendations of the two institutions that possess the powers and expertise
in their areas.
26.
This dismissal prevented the matter from being determined by a court of law
after all the evidence was evaluated. By doing so the Attorney General has
acted as prosecutor and judge. Due process and the rule of law have been
denied.
27. The
sacked Deputy Prime Minister later revealed that the former Attorney General
had shown him proof of Najib’s wrongdoings relating to the scandals. At the
same time, various foreign Government agencies, namely from Switzerland,
Singapore, the United States, Hong Kong and Britain have initiated
investigations on the 1MDB.
28. The
press in Malaysia is heavily censored so that Malaysians have to rely on the
foreign press. Yet when Malaysians discuss or write about the foreign reports,
the Government (Inspector General of Police) invited people to make police
reports so that the police can carry out questioning and investigation against
the person concerned.
29.
This is in contrast to the failure of the police to investigate the police
report formally made against Najib, Jho Low and the reports to the Attorney
General by Bank Negara and MACC. The Attorney General even threatens to amend
the law to provide for jail for life with 10 strokes of the rotan against anyone
“leaking” Government papers. This means that crimes committed in the
administration can be hidden from the public.
30. The
Attorney General claims that a part of the 2.6 billion Ringgit (about 2.3
billion) has been returned to the donor or donors. Apart from this statement no
proof has been provided.
31. The
people are suffering.
32.
Najib’s GST and increases in toll rates have increased the cost of living,
forcing some businesses to close down and also causing foreign-owned industries
to stop operations and relocate to other countries, creating unemployment.
33.
Despite protests by the people Najib joined the US sponsored Trans Pacific
Partnership (TPP) which erodes our freedom to make policies and laws suitable
for our country.
34.
Today Malaysia’s image is badly tarnished. Apart from being classified as one
of the 10 most corrupt countries, Malaysia is now regarded as undemocratic.
There is denial of freedom of speech and freedom of the press and people live
in fear of arrest and detentions. Security laws are enacted to allow the Prime
Minister (and not the King) to declare security areas where anyone could be
arrested and detained without trial and tried under procedures that violate
normal and fair criminal justice standards.
35. On
the other hand, where errors are made in applying these laws by Government
officers, or where there is a blatant abuse of power, the people are unable to
hold them accountable. Whistleblowers are harassed and punished instead of
being protected. Other repressive laws are used to stifle free speech and
legitimate comment about wrongdoings. The fundamental rights enshrined under
the Federal Constitution have become meaningless.
36. For
all these reasons, we, the undersigned citizens of Malaysia agree and support:
a) The
removal of Dato’ Sri Najib Tun Razak as the Prime Minister of Malaysia through
non-violent and legally permissible means;
b) The
removal of all those who have acted in concert with him;
c) A
repeal of all the recent laws and agreements that violate the fundamental
rights guaranteed by the Federal Constitution and undermine policy choices and
d) A
restoration of the integrity of the institutions that have been undermined,
such as the police, the MACC, Bank Negara and the PAC.
37. We
call upon all Malaysians, irrespective of race, religion, political
affiliation, creed or parties, young and old to join us in saving Malaysia from
the Government headed by Dato’ Sri Najib Tun Razak, to pave the way for much
needed democratic and institutional reforms, and to restore the important
principle of the separation of powers among the executive, legislature and
judiciary which will ensure the independence, credibility, professionalism and
integrity of our national institutions.
I/C
No ______________________________________________________
Signature
Of the Citizen ______________________________________________________
Date ______________________________________________________
Name ______________________________________________________
Sumber/Source:
https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1
https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1
DEKLARASI
RAKYAT
SETIDAK-TIDAKNYA MESTI DAPAT SEJUTA TANDATANGAN http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/03/deklarasi-rakyat-setidak-tidaknya-mesti.html